Click me!!

Followers

All I'm going to do here is share. For all my dear frens... Enjoy reading!!!

Wednesday, November 28, 2012

Permohonan Online Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2013

Memandangkan ramai kawan2 kakak2 makcik2 yang bertanya kepada saya berkenaan bagaimana nak mohon masuk MRSM ke tingkatan 1. Terdetik hati saya nak share info ini kepada pembaca

Permohonan boleh dibuat secara online di website http://www.mara.gov.my/


Tarikh Tutup Permohonan : 4 Disember 2012

SYARAT UMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM
Warganegara Malaysia.
Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
         -Bumiputera tahun enam.
         -Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau   
          Sekolah Rendah Kebangsaan.
Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun2012.
Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 10 hingga 13 Disember 2012 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.

Cara - cara nak mohon

1. Dapatkan dulu kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat 
    MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan dengan tempat anda
2. Jangan lupa bawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah 

    disahkan.
3. Dah dapat nombor pin. Bolehla isi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online  

    dan hantar secara online. 
4. Pilihla MRSM  mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara 
    online untuk menduduki ujian dan temu duga.
5. Cetakan borang serta dokumen yang berkaitan perlu di hantar ke alamat di bawah:
 
    (Permohonan Ke Tingkatan 1)
    Pengarah,
    Bahagian Pendidikan Menengah
    Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
    21, Jalan Raja Laut,
    50609 KUALA LUMPUR.






Okay clear x?...
Masih belum terlambat lagi untuk ucapkan tahniah kepada adik2 yang dapat 5A dalam UPSR.. Yang kurang berjaya...xpe jangan putus asa...PMR buat yang terbaik okay...

Ada masa lagi nie nak apply...Cepat2

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Klik me!