Click me!!

Followers

All I'm going to do here is share. For all my dear frens... Enjoy reading!!!

Wednesday, November 30, 2011

Kawal berat badan ketika mengandung


Jom share...dapat artikel nie dari babycenter. Tetiba terasa diri ini terlalu berat...naik terlalu cepat.. nampaknya kena kawal lskit pemakanan..lately suka sgt makan manis...adeh camne nie..

Kemaskinikan diet anda – walaupun anda sememangnya mengamalkan diet yang sihat
Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Anda juga perlu menambahkan sedikit pengambilan kalori anda sepanjang kehamilan anda.

Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:
• dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
• segulung kuih popia (tidak digoreng);
• tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
• sekeping keju dengan roti.

Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:

• Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.

• Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.

• Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.

Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.

Makanlah ikan-ikan yang sesuai
Pakar-pakar secara amnya mencadangkan wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 16 tahun supaya tidak makan ikan jerung, ikan todak atau mersuji kerana mungkin ia mengandungi tahap merkuri yang tidak selamat. Anda juga perlu elakkan ikan yang memakan di dasar seperti ikan duri kerana mungkin mereka makan bahan pencemar.

Mereka juga menasihatkan wanita hamil dan menyusu, dan mereka yang bercadang untuk hamil, supaya makan tidak lebih daripada empat biji tin tuna bersaiz sederhana atau dua keping stik tuna segar dalam seminggu. Nasihat ini adalah berdasarkan dua biji tin bersaiz sederhana dengan berat bersih 140g setin dan stik tuna segar yang mempunyai berat 40g apabila dimasak atau 170g semasa mentah. Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi).

Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai faedah ikan untuk pembesaran bayi anda dan bagaimana mendapatkan keseimbangan ikan yang sesuai dalam diet anda.


Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:

• Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

• Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.

• Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya – pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

• Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

• Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

• Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.

• Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.

• Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.

Jika anda mahu minum alkohol semasa kehamilan, pakar mencadangkan supaya anda minum tidak lebih daripada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu dan jangan minum sehingga mabuk.

• Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.

Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai
Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahanantenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.

Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran – anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D – berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.

Jangan berdiet
Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja: anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.

Tambahkan berat badan secara perlahan

Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda.

Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara lapan kilo / 18 paun dan 15 kilo / 32 paun. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak dan gula dalam jumlah sedikit.

Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar.

Makan hidangan kecil setiap beberapa jam
Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan.

Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan.

Makanan tak sesuai kadang-kala adalah OK

Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang diproses dan pencuci mulut yang manis seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda. Jadi untuk snek, cuba makan buah pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding dengan cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika anda hanya makan biskut kadang-kala. Nikmatilah setiap gigitan!

KFC Double Zinger Burger 'Tag & Win' Contest



Woww...satu lg contest tag&win nie...b4 nie dr ikea now KFC plak..i loikee. Jom join kawan2..Mudah saje..ade rezeki insyaallah menang...

Senang je nak join contest nie:
1) Log on to the contest website. You will need to connect to your Facebook account.
2) Pick an empty square and click on it. Answer the trivia question correctly.
3) You can tag 3 squares each day and get another bonus 2 if you invite 5 friends.

The prizes up for grabs each week:

Grand Prize: 1 x Apple iPhone 4S
Second Prize: 2 x X-Box 360 + Kinect
Third Prize: 3 x Dr. Dre Monster Beats Headphones
Consolation Prize: 50 x KFC Bucket voucher

Untuk keterangan lanjut sila la layari econtest

Semua hadiah best2...seronoknya kalau dapat menang iphone...nk cuba skang gak..

Cuci mata @IKEA

Last saturday awal pagi dh sampai ikea..cuci2 mata..berangan2 apa yang perlu dibeli untuk our org baru. Excited skit la kan...hehe..

Baby cot? perlu? ramai kata x perlu sbb baby x tdo pn kat baby cot. Bila pikir2 mmg btulla kan..tp setelah discuss ngan en.H dia kata apa salahnye kalau beli..yehaaa..sbb dlm hati i mmg teringin nak baby cot nie..hehe

Bed storage...untuk ape ek??...bleh letak barang baby kot...boleh dipikirkan

Owh box nie..i plan kalau dimiliki boleh letakkan stokin n sarung tangan baby serta aksesori lain atau pn soft toys.

kalau dh ade baby cot mestila kena ade mattressnye kan...harus

sama jugakla ngan yg nie...bumper pad..ade 1 pilihan je....hemmmm

Byk lg yang diangan2kan..hehe..biasalakan...so kunjungan kami kat ikea adela beberapa item yg disambar hehe...bestnye jalan2 ikea...

Senaman untuk ibu mengandung

Senaman amat penting untuk membuatkan kita berasa lebih bersemangat berbanding daripada berasa lemah atau tidak bermaya. Maklumla berat badan pula semakin meningkat. Ha buat pengatahuan ibu-ibu bahawa dengan melakukan senaman ketika mengandung dapat membantu anda kembali dengan cepat kepada bentuk tubuh badan anda sebelum anda mengandung dan bersalin. Mmg berita baik nie. Macam2 jenis senaman yang selamat boleh dilakukan. Penah dengar tak senaman KEGEL. 1st time i dgr. I dpt info nie dari persatuan ibu-ibu mengandung Like la page nie..byk info yang boleh kita dapat. Petua-petua pn byk.

Jom baca apa itu senaman KEGEL

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan s...alur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.

Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.

Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:

* Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
* Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
* Mengurang buasir

Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?
Ia cukup senang dibuat:

1. Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
2. Tahan selama 2-3saat
3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
4. Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira
dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan
sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah
menjadi kuat.
5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan
semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang
anda kecutkan.

Thursday, November 24, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

1 Muharam 1433 bersamaan 27 November 2011 Awal Muharam/Maal Hijrah kita melangkah ke tahun baru. Alhamdullilah jatuh pada hari ahad so esoknya dapatla kita cuti umum. yeeha...Dalam berseronok jangan lupe baca doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga di tahun baru ini hidup akan sentiasa diberkati ALLAH, dimurahkan rezeki dan sentiasa diredhai AMIN...

DOA AKHIR TAHUN
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.



DOA AWAL TAHUN Doa Awal Tahun.
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.



Salam AWAL MUHARAM kepada semua umat islam.

Monday, November 21, 2011

TUPPERWARE!! dulu, kini & selamanya

Mmg dr zaman aku kecik sampai kebesar..mmg brand tupperware ade peminatnya tersendiri..mmg la agak minat dengan brg2 tupperware & kebetulan my sis in law dengan baik hatinya registerkan as member just 4 free..sape xnak kan...bleh beli barang untuk sendiri juga utk kwn2 yang berminat..blehla contact akak...discount baik punye akaq bagi...

JOm tgk PROMO 13 NOVEMBER - 31 DECEMBER 2011







nie diantara promo yang ada..ada byk lagi...kepada yang berminat tu layari website TUPPERWARE & bg tau je nak yang mana...okay...discount baik punye.. hehe..selamat mencuci mata ya kawan2

TAHNIAH!! HARIMAU MUDA


entry khas untuk harimau muda...Tahniah atas kejayaan anda semua...mmg HEBAT...
anda telah buat aku sanggup tunggu tgk bola smpi habis w/pn aku mmg bukan peminat bola...haha...apa2 pn tahiah sekali lagi

Friday, November 18, 2011

Dumex Cuddly Bunny

Semalam dapat phone call from Dumex katanya...ada nk hantar parcel..pikir2 parcel ape plak nie..xde masuk pn apa2 contest..cuma last week adela surf2 web Dumex..survey2 susu ape nk try...Time dia cll tuh mmg ingat maybe sample susu kot..yela kdg2 ada je company akan bg sample2 free nie kan.. So dia kata akan dtg around 3 petang..
Nasib hubby ade kat umah..so dia la yang tunggu..
Tunggu punye tunggu kul 5 baru sampai.. Dalam hujan lebat tu..kesian despatch tu..Petang tu balik hubb tunjuk...mmg aim sample susu la kan...sekali rase packaging apsl lembut semacam je..takkan t'shirt kot...or takkan towel kecik ke...rupe-rupenye...tadaaaa



Alolo cutenye soft toy nie...dhle color baby pink...dalam hati kalau despatch tu tau ape isi dalam mau dia x mau hantar dalam hujan lebat tuh...haha...
Rupa2nye bila kita register as member dumex akan dapat free goodies..TQ Dumex...leh la jadi 1st softoy baby..hehe..

Kepada sesape yang nkkan free goodies...just register online kat http://www.dumex.com.my/ Mudah saje..isi jela form tuh...free jerk...

Monday, November 14, 2011

Kurma = junkfood



KHASIAT KURMA

Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Kurma sangat digalakkan bagi mommy-mommy mengandung kerana kekayaan khasiatnya.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Ia sangat elok untuk penghadaman serta sekaligus mengelakkan masalah sembelit dikalangan mommy-mommy hamil.

Sabda Rasulullah S.A.W.,“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”Khasiat buah kurma Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W dan mempunyai banyak khasiatnya.


Kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:

a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yang sedang datang haid dan
mereka yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan
C,sodium dan potassium.

d) Potasium penting untuk sistem saraf yang boleh merangsang daya ingatan, Berupaya
mencegah dari barah payudara dan rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan dan akan memberi tenaga terutama bagi mommy2 hamil yang sering keletihan.

f) Boleh diberikan kepada bayi sebagai ubat untuk mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin dan pengecutan rahim juga elok dimakan sepanjang
tempoh berpantang bagi mempercepatkan proses pengecutan dan menguatkan rahim.

Ha bagi mommy-mommy yang sedang pregnan tu..elok sangat la jadikan kurma nie sebagai ala2 junkfood gitu..Insyaallah khasiatnya amat berguna utk kita..sama2 la kita cuba ek?...

Pregnancy fashion trends 2011

Tetiba rase nak berfesyen. Sekarang nie main pakai je. Pegi maternity shop, pick & bayar. Tapi x penah rasa puas hati, semua rase x kena di badan. Hish x bleh jadila kan. Tgk mommy2 pregnan skang nie fesyen semua cun2.

Apa yang menarik ek?..
Jom la tgk sementara tengah sangap nie


Nie artis...comel2 plak



Kay share skit website2 yang jual maju maternity secara online nie

mammahouse
honeymama
justmum
camomile Spring

& byk lagi la...search je kat google..ha mcma2 la kuar...
Teringin plak nak cari maxi dress satu..tp sesuai ke ek?...kang jadi kembang setaman plak...huhu

2nd Maternity & Children Expo!!


Sejak sebulan lalu dh perasan bunting pasal 2nd maternity & children expo nie di sepanjang jalan nak pegi lrt Bukit Jalil. and dalam hati..mesti kata nak pegi gak. Saban hari tertunggu-tunggu. Maklumla 1st time nak pegi kan. Tapi malangnya date clash ngan date wedding cousin hubby...huhu..akan kecewakah!! Tapi saya teringin nak pegiiii..Eh bleh ke benda nie dijadikan mcm sesuatu yang di idam...yela..kata org bile wanita mengandung mengidam nie..seeloknye ditunaikan la kan hasratnya...ke mengidam utk makanan je bleh dikira pakai ek??...mengidam lain xleh ek?? huhu..sape nak jawab niee..

Sunday, November 13, 2011

24 weeks

Now, 24 weeks

pic dr babycenter.com
16 weeks to go...Alhamdullilah semuanya dalam keadaan okay. Hati bedebar2 fikiran melayang2...mcm2 perasaan ada...excited x sabar rasa menunggu orang baru..Now, selalu gak merajinkan diri baca info2 about pregnancy..untuk tambahkan pengetahuan..n lihat2 pengalaman org lain.

Babycenter.com


salah satu website selalu gak baca. Register and selalula dpt update news terbaru. So far,berguna jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Klik me!