Click me!!

Followers

All I'm going to do here is share. For all my dear frens... Enjoy reading!!!

Monday, July 30, 2012

Jovian Mandagie di First Lady

Tengah ramai org menggila bila koleksi pereka terkenal Rizalman ada di Tesco
Kini kegilaan beralih plak ke Jovian Mandagie
Koleksi Jovian boleh dapatkan kat Butik First Lady
Dari segi price..Price koleksi Jovian mahal sikit berbanding Rizalman
Jom tengok santek x






santek2 kan...beraya sakan la masing2 pakai baju fashion designer terkenal..Bila lagi..
Alangkah bahagianya jika bentuk badanku seperti model diatas..pakai baju cutting apa pn sesuai..sob sob

fashionista : Zara baby

Satu lagi brand baby yang buat menjadi gila...haha
zara baby..super duper cute...before pegi survey kat website dulu
byk gile yang minat tapi bila pi kat zara OU kecewa skit sbb x banyak choice
so cuma dapat sambar sepasang utk yayang dhea..
xpela nanti bebila pegi lagi..
sangat santek2 tau baju baby yang kat dalam website..huhu



 yang pasti before cuti raya nak ajak papa dhea utk jenjalan cuci mata sambil terbeli lagi...hehe

fashionista: okaidi obaibi

Dari cotton on beralih pulak ke okaidi obaibi..
super cute jugak
price mahal sikit dari cotton on kids
tapi kalau beli time sale mmg sgt la okay
dapat 2 pasang jeans utk yayang dhea kat sini
santekk..color biru & purple
Cuma shirt or blouse utk match kat jeans x dapat
sbb xde sale....mama budget sbb nak dpt byk sikit baju 
utk yayang mama...


fashionista: Cotton On Untuk Dhea

Gila gila tgk baju untuk yayang dhea..
before nie asyik usha baby gap & baby pumpkin je..
Now gila tgk cotton on kids..
baju super cute..
harga reasonable...uwaaaa....nak shop lagi utk yayang dhea
paling suka tgk color baju-baju tuh....
last saturday pegi outlet kat OU..next time nak pegi kat sunway pyramid plak
Jom papadhea

tgk color seluar nie...super cuteee...
 
cepat besar ye yayang mama..mama dh x sabar nak beli baju tantek2 nie

lagi berkobar nak serang cotton on bila size utk yayang dhea ade gak..yeayyy!!



Wednesday, July 25, 2012

Sharing is Caring : 3 Kisah Menarik

3 kisah menarik, untuk renungan kita bersama

Kisah Pertama  

Saiyidina Umar Al Khattab RA sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair. Apabila melihat Saiyidina Umar, kanak-kanak lain bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Dia tetap berdiri di tempatnya. Apabila Saiyidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya, "Mengapakah engkau tidak lari seperti kanak-kanak lain?" Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan; "Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa aku mesti lari darimu?. Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit hingga aku terpaksa
melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan". 

Kisah Kedua 

Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abassiyah Khalifah Al Makmun, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah [perpustakaan] negara. Ia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan dicelah cuping telinganya terselit sebatang pena. Al Makmun bertanya ; "Siapakah engkau ini?" Budak itu menjawab; "Saya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja'".
Kisah Ketiga

Sewaktu awal pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz RA, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang
kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap. Umar Abdul Aziz berkata ; "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap." Budak itu menjawab sopan dengan berani ; "Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripada mu untuk memegang jawatan kahlifah." Umar Abdul Aziz sangat terharu dengan
jawapan anak kecil itu.

Dari kisah di atas kita dapat lihat bahawa kanak bawah umur dapat mempengaruhi pemimpin yang berkuasa ketika itu dengan kepetahan bercakap dan mengeluarkan buah fikiran pendapat serta hujah yang hebat. Hujah kanak kanak tersebut bukan idea biasa atau idea yang buruk, tetapi idea yang keluar dari kanak-kanak yang di asuh dan dididik dengan acuan Islam.

 Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita
merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad
membentuk masa depan anak"
 
Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi

Selamat berbuka puasa kepada semua umat islam yang berpuasa

Sunday, July 22, 2012

JOM SINGGAH - Special Cookies Raya 2012

 CHEESE SAMPERIT
Adunan tepung bersama keju dihiasi dengan taburan coklat rise
50 pcs = RM22

 MAKMUR COOKIES WITH GROUND
Biskut makmur traditional melayu
50 pcs = RM22

 ROYAL BRUNEI
Adunan tepung kentang bersama badam, mentega kacang, nestum ber topping coklat putih dan dihiasi bunga menawan berwarna merah.
50 pcs = RM25

 CASHEW CRUNCHY CHOCOLATE
Biskut coklat disaluti dengan kacang cashew yang rangup
50 pcs = RM22


CRISPHY PAGODA
1/2 KG = RM 9

 STEAM FRUIT CAKE
Kek kukus campuran buah-buahan resepi turun temurun
500gm = RM 18


SEROJA TART
Tart beintikan jem nenas
50 pcs = RM 27
 
Untuk tempahan boleh email - misswelnut@yahoo.com atau facebook.com/roha.dhea 
Last day order - 28 July 2012

Kadar Zakat Seluruh Negeri 2012|1433H.

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” - Ibnu Umar

5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
  • Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal - Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh - Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram - Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.


Tuesday, July 10, 2012

Rizalman collection di Tesco

Rizalman collection for raya ada kat Tesco!!!!Biar betul. Mmg x percaya mengelabah dengar.. Or tiruan punya..owhh NO. Mmg benar dan sahih berita ini. Bukan senang nak dapat beli hasil sentuhan pereka terunggul nie. Sempena pembabitan rizalman dalam dunia fashion selama 20 tahun beliau berbesar hati memberikan kita semua peluang utk merasa memakai baju raya rekaan beliau. Range harga plak around RM180-RM250 alahai sgt boleh dibeli okay. Kesemuanya ada 20 collection.. Owhh harus terbang ke Tesco terdekat. I mmg suka design rizalman and selalu singgah kat blog dia. Semua baju pn awesome.  Selalu dapat tengok and telan air liur je. haha. Kali nie insyaallah boleh pakai plak. Boleh dapatkan kat Tesco  Ampang, Mutiara Damansara, Kota Bahru, Paradigm, Seremban 2, Desa Tebrau, Tanjung Pinang, Melaka, Shah Alam, Station 18, Puchong, Taiping, Seri Alam, Kepong, Penang, Kajang, Setia Alam, SP Selatan, Mergong, and Nilai. Bestnya harap-harap sesuai ngan cutting badan i huhu...kalau x kecewa la nampaknya.





Jom layan blog rizalman

Tuesday, July 3, 2012

FOOD : Mengidam FISHH

Mengidam lagi. Nie gara-gara ada teman yang share post promo from The Fish Manhattan. Tak pernah try pn makan kat sini. Tapi mmg teringin nak rasa selalu lalu je. Gara-gara promo itu terus rase mengidam..terus bukak website The Fish Manhattan. Terus belek-belek menu..terus pilih-pilih menu kalau pegi nak pilih menu yang mana. Semua pn nampak sedap. Dari pandangan mata kasar nie..dah ada menu pilihan. Harap this weekend dpt luangkan masa. Tetiba teringin plak.

Kawan-kawan utk facebook fren yang 'like' The Fish Manhattan leh grab promo nie. By 1 set get free 1 set..yeahhhaaa



Monday, July 2, 2012

Resepi: Puree untuk si manja mama

Aktiviti mengumpul resepi puree carrot utk si manja

Carrots - Basic Purée

  1. Kupas carrot dan potong dadu (smaller chunks)
  2. Masukkan kedalam steamer (atau ape2 la yg boleh utk steam)
  3. Steam sampai tender
  4. Letakkan dalam bekas dan lenyekkan kan sehingga lembut
    Tambah sedikit air jika perlu.


Sabar ye manja..tiba waktu nanti mama buatkan special utk manja mama

Sharing is caring : SKIN + COLOR

Apakah color yang sesuai dengan kulit anda. Adakah yang terang, garang, lembut, warna2 natural??

Okay warna kulit kita ade 3 jenis - putih melepak, kuning langsat/sawo matang dan hitam manis

so mana satukah anda???

Si Putih Melepak

Untuk si putih melepak nie amatla sesuai memakai warna-warna yang pastel. Kenapa ek?..yela dahla kulit dia putih aka pastel pastu pakai pastel gak dah tak nampak apa dah. kan kan..Sebenarnya menurut pakar imej. Warna pastel amat sesuai dengan si putih. sbb nya..bila si putih melepak memakai pastel. Seri wajah si putih melepak nie makin betambah berseri. kelembutan wajah akan lebih terserlah. Tapi kalau si putih melepak ini memakai warna2 terang. warna2 ini akan menenggelamkan seri wajah si putih melepak. Maka si putih melepak akan nampak lebih gelap.


Si kulit sawo matang/kuning langsat

Menurut pakar imej i semalam, si kuning langsat amatla sesuai memakai warna-warna deep. Bila si kuning langsat memakai warna deep. Seri wajahnya akan lebih terserlah dan akan menampakkan wajah lebih cerah. Tumpuan akan lebih diberikan kepada wajah si kuning langsat ini. Pemilihan warna monochrome amat disarankan kepada si kuning langsat ini.


Si Hitam Manis

Bagi si hitam manis pandang tak jemu nie, dikatakan amat sesuai memakai warna-warna terang (Bright color). Personaliti si hitam manis akan nampak menonjol. Lebih berkeyakinan. Nampak lebih anggun. I baru perasan patutla penyanyi Nurul (dulu nurul ajai) sangat suka memakai warna-warna terang spt oren, merah dan sebagainya. kerana warna itu sgt sesuai ngan kulit hitam manis nya.


Tapi i??? berpersonaliti natural berkulit sawo matang amat sesuai mamakai warna2 deep katanya. Tapi i lebih suka warna2 pastel..hehe..camne tuh..x sesuai tapi suka...tak sesuai vs suka..ngeh ngeh..

Betul la kata pakar imej semalam. Wanita berpersonaliti natural ini amat susah berubah. Dia lebih suka ikut kata hati dam mata sendiri..ngeh ngeh ngeh...

Sharing is Caring : Pear?? Apple?? Kenali bentuk badan kita

Semalam i ada kursus tentang imej diri. 
Ha sebelum nie i mmg ada masalah bile nak pilih outfit
badan plak cutting x sept model. Kalau shape model mesti seronok kan
apa2 baju pn kena di badan. Since sejak deliver baby nie lagila..body out of shape kata org.

Kay. Tahu tak mcm mana nak tahu badan kita nie sebenarnya bentuk apa. Penting tau untuk kita tahu bentuk badan kita nie. Supaya senang untuk kita pilih pakaian apa yang bersesuaian ngan badan kita.

STEP 1
Ukur bahagian bahu kita. kalau masa ukur tu tgh pakai baju ade pad. kena ukur ketinggian pad. Cth kalau ukuran bahu kita 16 cm dan ketinggian pad 1cm x 2. So ukuran sebenar bahu kita adalah 14cm. Bukan 16 cm ye (Patutla kalau i hantar tailor yg x berapa pro nie. Bahagian bahu mesti besar. So nampakla bdn tu kembang semacam je)

STEP 2
Ukur bahagian pinggang. Ambil yang paling kecil dan bahagikan 2.

STEP 3
Ukur bahagian pinggul yang paling menonjol dan bahagikan 2

RESULT:
  • Jika bahagian bahu adalah yang paling kecil dan pinggul paling besar- maka badan anda berbentuk pear.
  • Jika bahagian pinggang yang paling besar maka badan anda berbentuk apple
  • Jika bahagian bahu dan pinggul sama size dan bahagian pinggang kecil maka anda berbentu hourglass. nie body cantikla kan
  • If badan bahu paling besar diantara ketiga2 maknanya anda berbentuk cone.(Tiada dalam gambar)
Tips untuk si berbadan pear
  • Baju kurung pahang dan pesak gantung amat sesuai. Elakkan baju kurung kedah.
  • Panjang baju seelok2nya melepasi punggung tp jgn terlalu panjang. 
  • Elakkan baju beropol dibahagian pinggul.
  • Elakkan baju berbucu bulat panjangnya dibahagian peha kerana akan menampakkan peha semakin membulat.
Banyak lagi tips yang berguna. Tapi yang nie je yang i ingat..hehe...Lepas nie senang la kita nak pilih baju yang sesuai ngan bdn kita. Bila tgk kat patung baju beropol di pinggang atau baju pendek paras pinggang atau punggung xyah buang masa nak belek...dh tentu-tentu tak sesuai ngan bdn kita kalau bentuk pearla...cantik di patung sememangnya belom tentu cantik di badan kita.. Patung tu cutting hourglass..pakai apa pn suit. hehe

Untuk mengetahui byk info tentang penjagaan imej bleh ikuti facebook madam mary 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Klik me!