Click me!!

Followers

All I'm going to do here is share. For all my dear frens... Enjoy reading!!!

Monday, July 2, 2012

Sharing is Caring : Pear?? Apple?? Kenali bentuk badan kita

Semalam i ada kursus tentang imej diri. 
Ha sebelum nie i mmg ada masalah bile nak pilih outfit
badan plak cutting x sept model. Kalau shape model mesti seronok kan
apa2 baju pn kena di badan. Since sejak deliver baby nie lagila..body out of shape kata org.

Kay. Tahu tak mcm mana nak tahu badan kita nie sebenarnya bentuk apa. Penting tau untuk kita tahu bentuk badan kita nie. Supaya senang untuk kita pilih pakaian apa yang bersesuaian ngan badan kita.

STEP 1
Ukur bahagian bahu kita. kalau masa ukur tu tgh pakai baju ade pad. kena ukur ketinggian pad. Cth kalau ukuran bahu kita 16 cm dan ketinggian pad 1cm x 2. So ukuran sebenar bahu kita adalah 14cm. Bukan 16 cm ye (Patutla kalau i hantar tailor yg x berapa pro nie. Bahagian bahu mesti besar. So nampakla bdn tu kembang semacam je)

STEP 2
Ukur bahagian pinggang. Ambil yang paling kecil dan bahagikan 2.

STEP 3
Ukur bahagian pinggul yang paling menonjol dan bahagikan 2

RESULT:
  • Jika bahagian bahu adalah yang paling kecil dan pinggul paling besar- maka badan anda berbentuk pear.
  • Jika bahagian pinggang yang paling besar maka badan anda berbentuk apple
  • Jika bahagian bahu dan pinggul sama size dan bahagian pinggang kecil maka anda berbentu hourglass. nie body cantikla kan
  • If badan bahu paling besar diantara ketiga2 maknanya anda berbentuk cone.(Tiada dalam gambar)
Tips untuk si berbadan pear
  • Baju kurung pahang dan pesak gantung amat sesuai. Elakkan baju kurung kedah.
  • Panjang baju seelok2nya melepasi punggung tp jgn terlalu panjang. 
  • Elakkan baju beropol dibahagian pinggul.
  • Elakkan baju berbucu bulat panjangnya dibahagian peha kerana akan menampakkan peha semakin membulat.
Banyak lagi tips yang berguna. Tapi yang nie je yang i ingat..hehe...Lepas nie senang la kita nak pilih baju yang sesuai ngan bdn kita. Bila tgk kat patung baju beropol di pinggang atau baju pendek paras pinggang atau punggung xyah buang masa nak belek...dh tentu-tentu tak sesuai ngan bdn kita kalau bentuk pearla...cantik di patung sememangnya belom tentu cantik di badan kita.. Patung tu cutting hourglass..pakai apa pn suit. hehe

Untuk mengetahui byk info tentang penjagaan imej bleh ikuti facebook madam mary 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Klik me!