Okay warna kulit kita ade 3 jenis - putih melepak, kuning langsat/sawo matang dan hitam manis
so mana satukah anda???
Si Putih Melepak
Untuk si putih melepak nie amatla sesuai memakai warna-warna yang pastel. Kenapa ek?..yela dahla kulit dia putih aka pastel pastu pakai pastel gak dah tak nampak apa dah. kan kan..Sebenarnya menurut pakar imej. Warna pastel amat sesuai dengan si putih. sbb nya..bila si putih melepak memakai pastel. Seri wajah si putih melepak nie makin betambah berseri. kelembutan wajah akan lebih terserlah. Tapi kalau si putih melepak ini memakai warna2 terang. warna2 ini akan menenggelamkan seri wajah si putih melepak. Maka si putih melepak akan nampak lebih gelap.
Si kulit sawo matang/kuning langsat
Menurut pakar imej i semalam, si kuning langsat amatla sesuai memakai warna-warna deep. Bila si kuning langsat memakai warna deep. Seri wajahnya akan lebih terserlah dan akan menampakkan wajah lebih cerah. Tumpuan akan lebih diberikan kepada wajah si kuning langsat ini. Pemilihan warna monochrome amat disarankan kepada si kuning langsat ini.
Si Hitam Manis
Bagi si hitam manis pandang tak jemu nie, dikatakan amat sesuai memakai warna-warna terang (Bright color). Personaliti si hitam manis akan nampak menonjol. Lebih berkeyakinan. Nampak lebih anggun. I baru perasan patutla penyanyi Nurul (dulu nurul ajai) sangat suka memakai warna-warna terang spt oren, merah dan sebagainya. kerana warna itu sgt sesuai ngan kulit hitam manis nya.
Tapi i??? berpersonaliti natural berkulit sawo matang amat sesuai mamakai warna2 deep katanya. Tapi i lebih suka warna2 pastel..hehe..camne tuh..x sesuai tapi suka...tak sesuai vs suka..ngeh ngeh..
Betul la kata pakar imej semalam. Wanita berpersonaliti natural ini amat susah berubah. Dia lebih suka ikut kata hati dam mata sendiri..ngeh ngeh ngeh...
No comments:
Post a Comment