3 kisah menarik, untuk renungan kita bersama
Kisah Pertama
Kisah Pertama
Saiyidina Umar Al Khattab RA sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair. Apabila melihat Saiyidina Umar, kanak-kanak lain bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Dia tetap berdiri di tempatnya. Apabila Saiyidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya, "Mengapakah engkau tidak lari seperti kanak-kanak lain?" Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan; "Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa aku mesti lari darimu?. Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit hingga aku terpaksa
melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan".
melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan".
Kisah Kedua
Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abassiyah Khalifah Al Makmun, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah [perpustakaan] negara. Ia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan dicelah cuping telinganya terselit sebatang pena. Al Makmun bertanya ; "Siapakah engkau ini?" Budak itu menjawab; "Saya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja'".
Kisah Ketiga
Sewaktu awal pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz RA, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang
kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap. Umar Abdul Aziz berkata ; "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap." Budak itu menjawab sopan dengan berani ; "Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripada mu untuk memegang jawatan kahlifah." Umar Abdul Aziz sangat terharu dengan
jawapan anak kecil itu.
Dari kisah di atas kita dapat lihat bahawa kanak bawah umur dapat mempengaruhi pemimpin yang berkuasa ketika itu dengan kepetahan bercakap dan mengeluarkan buah fikiran pendapat serta hujah yang hebat. Hujah kanak kanak tersebut bukan idea biasa atau idea yang buruk, tetapi idea yang keluar dari kanak-kanak yang di asuh dan dididik dengan acuan Islam.

Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita
merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad
membentuk masa depan anak"
merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad
membentuk masa depan anak"
Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi
Selamat berbuka puasa kepada semua umat islam yang berpuasa
Pakar motivasi
Selamat berbuka puasa kepada semua umat islam yang berpuasa
1 comment:
assalamualaikum, sy nk mintak izin nk copy kisah2 ni untuk sy kongsikan dgn kawan2 sy. kisah2 ni bg sy inspirasi
Post a Comment