“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di
bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau
hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” - Ibnu Umar
5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
- Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal - Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh - Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram - Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
No comments:
Post a Comment