Click me!!

Followers

All I'm going to do here is share. For all my dear frens... Enjoy reading!!!

Sunday, January 4, 2015

REVIEW : GOLD COAST MORIB 2015

Apa ada di Gold coast Morib nie ek? For the 3rd times betandang barula kali nie rasa macam2 aktiviti boleh di buat kat sini. Walaupun baca bad review dari pengunjung Gold Coast Morib nie dari segi accomodation..services and macam2 lagi. Tapi for me, with the low budget..okay la so so hehe.
Takleh nak mengharap lebih. Janji bilik okay xde problem so xdela kita nak complain ape2. So xdela nk menghadap diorangnye customer service yang agak la. Sbb 2nd times dulu mmg agak badla.

So far, untuk percutian singkat and spend time ngan anak2..layan diorg punye aktiviti okayla. Not too bad

So, ape ada kat Gold Coast Morib nie

1st DAY : Theme Park

Sampai pn dah lewat so sempat jugak la melayan aktiviti anak-anak bermandi manda. Both princess tu mmg sgtla happy bila kena air kan. Memandangkan both anak me below 1 & 2 years so freela. Then for makpaknye pn free sbb ambil package free for 2 ntrypass for themepark hanye RM168 uolss...okayla kan. This time plak my sis & anak2 terua diorg follow so ramai la melayan princess. So happyla diorang.




DINNER :

Dinner me x ambil di hotel. Sbb b4 nie dh rase makan hotel. So-so jela menunya. So, dinner kat tepi laut. Ade byk gerai makan deret2 kat pantai Morib tu. So, my hubby pilih kedai King Ikan Bakar. Review dr blogger kata sedap. So tryla. Not bad. Harga pn okayla untuk 5 dewasa dan 2 sikecil dalam RM110. Menu ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, kerang bakar, kangkung, sup daging dan telo dadar . Not bad kan kan. So sape2 yang nk cari tempat makan di Morib leh la pegi ke King Ikan Bakar. Tapi jgn marah plak kalau x sedap. Sbb time me pegi mmg kenala gak ngan selera. Ke me nie yang lapo sangat haha.

2nd Day : Theme Park, Beach activities


Breakfast me ambil di Hotel sajo. Sbb malas plak nak keluar kan pepagi tu. Sbb lepas breakfast princess ngan abg2 sado dh sebok nak mandi theme park and ber aktiviti di pantai. So layankan je.

Blowing bubbles ala tiup2 air sabun kuar bubble. 3 bekas RM10 . Kids memang happyla sgt main benda nie. Abg2 tukar blow then princess tukar kejar haha.

Then dah penat berbubble, buat sand castle plak. Abisla sampai rambut2 penuh sand. Dasyat betul. Takpe bagi chance sbb lepas nie leh rendam kat theme park

After checkout, singgah plak di Pantai Morib. Ada karnival jualan siang malam bukak. Tapi x round sbb cuaca agak panas. Lunch kat sana then lepas tu layan aktiviti anak2. Main kereta control & abg2 main lelayang. Seronok sangat princess dapat lepas. Larik la sepuas2nye. Ha pastu mama and papa letihla apa lagi mengejar diorg. Abg2 sado sibuk main lelayang.


Starting 2015, Gold Coast Morib..sape berminat singgah2la survey https://www.goldcoastresort.com.my/v3/

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Klik me!