Click me!!

Followers

All I'm going to do here is share. For all my dear frens... Enjoy reading!!!

Wednesday, November 7, 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS

Tetiba rasa mcm nak update blog
Tp nak citer dr after raya aci x?..hehe..
x kisah la kan..
Masa raya kitaorg bekesempatan bawak 
pi jalan2 JB..beraya umah kakak
sambil2 pi jalan ke JPO..
so far hemmm mcm biasa je...maybe 
masa tu brg dh byk habis org dh rembat
time puasa kot..huhu...



bawak atok wan dhea jalan2....atok happy jela

papa ngan dhea....sedih x dpt apa2

kakak bisha yang happy habis

ha tu dia...burberry...akak tak mampu miliki....huhu

banyak brand berjenama..if baju tu boleh la tahan...leh beli la...
tapi handbag tunggu akak kumpul duit dulu baru boleh beli..huhu

Wednesday, September 19, 2012

Raya bersama si manja DHEA

1st year raya utk dhea..
Raya pertama kat Selayang then petang raya papa dhea
hantar kitaorg balik BP...coz the next day papa dah stat keje
huhu...hujung minggu baru papa balik sambung raya kat kampung
so we'olls berdua just lepak kat kampung..sape2 ajak raya follow je



Monday, July 30, 2012

Jovian Mandagie di First Lady

Tengah ramai org menggila bila koleksi pereka terkenal Rizalman ada di Tesco
Kini kegilaan beralih plak ke Jovian Mandagie
Koleksi Jovian boleh dapatkan kat Butik First Lady
Dari segi price..Price koleksi Jovian mahal sikit berbanding Rizalman
Jom tengok santek x






santek2 kan...beraya sakan la masing2 pakai baju fashion designer terkenal..Bila lagi..
Alangkah bahagianya jika bentuk badanku seperti model diatas..pakai baju cutting apa pn sesuai..sob sob

fashionista : Zara baby

Satu lagi brand baby yang buat menjadi gila...haha
zara baby..super duper cute...before pegi survey kat website dulu
byk gile yang minat tapi bila pi kat zara OU kecewa skit sbb x banyak choice
so cuma dapat sambar sepasang utk yayang dhea..
xpela nanti bebila pegi lagi..
sangat santek2 tau baju baby yang kat dalam website..huhu



 yang pasti before cuti raya nak ajak papa dhea utk jenjalan cuci mata sambil terbeli lagi...hehe

fashionista: okaidi obaibi

Dari cotton on beralih pulak ke okaidi obaibi..
super cute jugak
price mahal sikit dari cotton on kids
tapi kalau beli time sale mmg sgt la okay
dapat 2 pasang jeans utk yayang dhea kat sini
santekk..color biru & purple
Cuma shirt or blouse utk match kat jeans x dapat
sbb xde sale....mama budget sbb nak dpt byk sikit baju 
utk yayang mama...


fashionista: Cotton On Untuk Dhea

Gila gila tgk baju untuk yayang dhea..
before nie asyik usha baby gap & baby pumpkin je..
Now gila tgk cotton on kids..
baju super cute..
harga reasonable...uwaaaa....nak shop lagi utk yayang dhea
paling suka tgk color baju-baju tuh....
last saturday pegi outlet kat OU..next time nak pegi kat sunway pyramid plak
Jom papadhea

tgk color seluar nie...super cuteee...
 
cepat besar ye yayang mama..mama dh x sabar nak beli baju tantek2 nie

lagi berkobar nak serang cotton on bila size utk yayang dhea ade gak..yeayyy!!



Wednesday, July 25, 2012

Sharing is Caring : 3 Kisah Menarik

3 kisah menarik, untuk renungan kita bersama

Kisah Pertama  

Saiyidina Umar Al Khattab RA sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair. Apabila melihat Saiyidina Umar, kanak-kanak lain bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Dia tetap berdiri di tempatnya. Apabila Saiyidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya, "Mengapakah engkau tidak lari seperti kanak-kanak lain?" Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan; "Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa aku mesti lari darimu?. Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit hingga aku terpaksa
melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan". 

Kisah Kedua 

Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abassiyah Khalifah Al Makmun, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah [perpustakaan] negara. Ia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan dicelah cuping telinganya terselit sebatang pena. Al Makmun bertanya ; "Siapakah engkau ini?" Budak itu menjawab; "Saya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja'".
Kisah Ketiga

Sewaktu awal pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz RA, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang
kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap. Umar Abdul Aziz berkata ; "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap." Budak itu menjawab sopan dengan berani ; "Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripada mu untuk memegang jawatan kahlifah." Umar Abdul Aziz sangat terharu dengan
jawapan anak kecil itu.

Dari kisah di atas kita dapat lihat bahawa kanak bawah umur dapat mempengaruhi pemimpin yang berkuasa ketika itu dengan kepetahan bercakap dan mengeluarkan buah fikiran pendapat serta hujah yang hebat. Hujah kanak kanak tersebut bukan idea biasa atau idea yang buruk, tetapi idea yang keluar dari kanak-kanak yang di asuh dan dididik dengan acuan Islam.

 Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita
merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad
membentuk masa depan anak"
 
Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi

Selamat berbuka puasa kepada semua umat islam yang berpuasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Klik me!