Apakah benda yang
paling menakutkan untuk anda dan bagaimanakah ianya memberi kesan kepada
kehidupan anda?
Secara jujur saya sangat takut pada kegelapan dan kemalangan. Saya percaya bukan saya sahaja yang takutkan kepada kegelapan. Ramai yang diluar sana juga akan mengalami perasa seperti saya ketika berada dalam kegelapan. Bila saya berada dalam kegelapan, perasaan cemas, bingung, takut dan macam-macam lagi automatik menyerang saya. Perasaan sebegini merupakan salah satu punca saya perlu seseorang sentiasa berada bersama saya. Begitu juga dengan keadaan jika berlaku sebarang kemalangan yang menimpa diri saya. Sebarang bentuk kemalangan, selain kemalangan ketika memandu, saya pernah hampir lemas dilautan ketika bermandi-manda bersama teman-teman sekuliah. Selepas dari kejadian itu saya jadi fobia untuk berenang di laut, menaiki bot atau membuat aktiviti lasak yang berkaitan dengan laut. Yang paling ketara fobia saya sehingga tahap dimana saya hilang keyakinan utk terapung di kolam renang sedangkan dulunya saya tahu berenang dan boleh terapung. Saya juga mudah panik dan membuat tindakan luar kawal dan tanpa berfikir dan hanya akan mengeruhkan keadaan. Disebabkan itu juga saya kini saya kurang berkenan untuk bermandi-manda di laut atau di air terjun. Cuma sekadar berkelah dah berjalan-jalan sahaja.

Selain dari itu
saya percaya, ketakutan yang membelengu diri saya ini secara tidak langsung
mengganggu keyakinan dalam diri saya terhadap kehidupan seharian saya. Saya
menjadi seseorang yang agak penakut, kurang yakin dalam menampilkan diri dan
kadangkala rase merendah diri
Walaubagaimanapun,
jauh di sudut hati saya, saya amat berharap saya dapat mengatasi ketakutan ini
dan membuat saya lebih beryakinan diri dan berani menghadapi sebarang risiko
yang muncul di hadapan saya pada masa akan datang.
Astro akan menganjurkan sebuah rancangan berunsurkan ketakutan.
Astro’s Fear Factor Malaysia yang
akan disiarkan pada awal bulan Disember ini.
Di hoskan oleh hero kesayangan ramai Aaron Aziz dan disertai oleh 30 orang artis
ini iaitu Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn,
Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam
Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt,
Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen,
Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin. Mereka akan
diuji dari segi ketahanan fizikal dan mental mereka bagi menyelesaikan
setiap tugasan yang diberi dan semestinya tugasan yang amat menakutkan.
Macho x hos nie
Kenapa nak tengok rancangan Astro’s Fear Factor Malaysia ni?
Harusla saya menonton rancangan Astro’s Fear Factor Malaysia kerana saya yakin rancangan ini secara tidak langsung akan mendorong saya membina keyakinan diri serta mengikis sedikit demi sedikit perasaan takut saya. Selain daripada itu pastila saya nak melihat gelagat artis-artis malaysia menangani cabaran Fear Factor. Mampukan mereka mengatasi ketakutan ketika menyelesaikan tugasan dan adakah mereka akan mengatasi cabaran dengan bijak atau mengikut perasaan. Mesti akan banyak drama yang berlaku nanti. Betul x? Menangis tu mungkin....hehe
Siapa diantara mereka yang berjaya menangani ketakutan????
Pada pandangan awak, siapa akan muncul juara untuk Astro’s Fear Factor Malaysia kali ini?
yer pilihan saya JEHAN MISKIN
Saya mengikuti perkembangan Jehan ketika dia berada di program Masterchef Selebriti anjuran ASTRO
Jehan
seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru serta yakin dengan
tindakannya. Dan dia mampu memberi sebab yang meyakinkan dengan apa yang
dia lakukan. Pastinya
dia juga semestinya sentiasa menjaga stamina dan kesihatan dia. Tengok jela body dia...hehe
Hah tengokla semangat Jehan...Chiayokkk..
“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”
No comments:
Post a Comment